Tuesday 20 February 2018
CASE STUDY
Pada 7.2.2018, kami telah diberi satu tajuk melalui kod bar tentang kemalangan yang boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita. Diberi setiap kumpulan mempunyai 6 ahli dan kami boleh memilih pasangan kumpulan masing-masing (hehehehe bestnyaa). Okay, Setiap kumpulan juga diminta untuk membentangkan tajuk kemalangan yang telah diberi oleh pensyarah kami sendiri melalui peardeck selama 15 minit. Kami juga diminta untuk membuat demonstrasi tentang cara untuk mengatasi kemalangan tersebut :)
Mari kita lihaaaaat :D
1) PEMBENTANGAN KUMPULAN "1"
Tajuk: Electrick shock
2)PEMBENTANGAN KUMPULAN "2"
Tajuk: Proper users
3)PEMBENTANGAN KUMPULAN "3"
Tajuk: Drown
Mari kita lihaaaaat :D
1) PEMBENTANGAN KUMPULAN "1"
Tajuk: Electrick shock
2)PEMBENTANGAN KUMPULAN "2"
Tajuk: Proper users
3)PEMBENTANGAN KUMPULAN "3"
Tajuk: Drown
Wednesday 24 January 2018
OSHA: APA ITU KOD QR/QR QODE?
Assalamualaikum
dan selamat pagi. Entri hari ini adalah untuk menceritakan tentang QR kod dan aktiviti yang telah kami lakukan dengan menggunakan kod QR ini.
Pada hari ini Kelas Dat 1B telah melakukan satu aktiviti bagi
subjek Occupational Safety and Health (OSHA) dengan menggunakan gadjet untuk
mengimbas kod QR/QR code. Seiring dengan zaman yang berteknologi tinggi ini
gadjet-gadjet atau barangan berteknologi tinggi seperti komputer, laptop, tablet
dan sebagainya sering menjadi tumpuan sama ada dalam golongan remaja mahu pun peringkat
kanak-kanak dan dewasa. Dengan teknologi ini telah membantu untuk memudahkan
carian atau kerja-kerja dalam sesuatu pekerjaan.
Tugasan pada hari ini ialah pelajar diberi soalan
menggunakan bar kod seperti gambar di bawah. Pelajar perlu muat turun aplikasi
pengimbas kod QR untuk mengetahui apa yang terdapat di sebalik kod tersebut.
Kami menggunakan pengimbas kod QR untuk
mengimbas kod QR. Kod bar tersebut menunjukkan video kemalangan yang berlaku.
Terdapat 6 video mengenai kemalangan yang berbeza antaranya ‘The Break Bone,
Burn, Electric shock and etc’. Pelajar perlu berbincang dengan ahli kumpulan
tentang video yang diberi dan diselesaikan soalan yang diberi.
Pastinya, ramai yang mengetahui apa itu kod QR/QR code
namun masih tidak jelas dengan fungsi-fungsinya. Di sini kami menjelaskan serba
sedikit mengenai penggunaan kod QR/QR code ini.
APAKAH ITU KOD QR (QR CODE)?
Kod QR adalah barcode dua dimensi yang boleh dibaca oleh
banyak telefon bimbit dan telefon pintar. Kod yang merupakan kotak kecil dengan
corak hitam dan putih, muncul di pelbagai tempat, seperti iklan majalah dan
akhbar. Kod QR digunakan untuk menyandikan beberapa jenis maklumat, seperti
teks atau URL.
"QR" dalam kod QR bermaksud "tindak balas
pantas," kerana kod direka untuk dibaca dengan cepat. Kod QR boleh dibaca
oleh pembaca kod QR yang berdedikasi dan oleh beberapa telefon bimbit.
Untuk membaca kod QR, telefon bimbit anda memerlukan
kamera - jadi ia boleh merakam gambar kod - dan pembaca kod QR. Anda boleh
mendapatkan banyak pembaca kod QR percuma di pelbagai gedung aplikasi untuk
platform telefon yang berbeza.
Sebaik sahaja telefon bimbit anda membaca kod tersebut,
maklumat yang disimpannya dikongsi dengan anda. Anda boleh dibawa ke URL di
mana anda boleh menonton treler filem, atau anda boleh diberikan butiran
mengenai syarikat yang anda lihat diiklankan. Anda juga boleh diberikan kupon
untuk perniagaan tempatan. Ini adalah serba sedikit bagi penggunaannya.
Dengan wujudnya aplikasi ini, telah memudahkan kami sebagai
pelajar untuk mencapai sesuatu laman web dengan hanya mengimbas kod QR. Jadi,
kod QR ini bukan saja hanya boleh mengimbas kod QR atau kod bar pada barangan
atau majalah saja namun boleh digunakan untuk pembelajaran juga. Capaian video
dari youtube yang telah kami akses melalui imbasan QR kod itu tadi menjadi
rujukan bagi latihan yang bakal kami lakukan. Pelajar-pelajar terbahagi kepada
beberapa kumpulan bagi menyelesaikan tugasan mereka. Kami diminta untuk membuat
perbentangan melalui ‘Peardeck’ berdasarkan soalan-soalan yang diberikan
daripada pensyarah. Setiap kumpulan mendapat soalan yang berbeza berdasarkan
tajuk masing-masing.
Terdapat juga lakonan pendek dari pelajar mengenai penyebab
berlakunya kemalangan. Sepanjang aktiviti ini, pensyarah banyak membantu
pelajar dalam memperkenalkan aplikasi ini.
Kesimpulannya, aplikasi ini dapat memberi banyak manfaat
kepada kita sekiranya kita bijak menggunakannya. Jadi marilah kita menjadi
pengguna yang bijak!
Gambar diatas adalah kod QR yang diberikan
Tuesday 23 January 2018
Lirik Lagu Politeknik
Lirik Lagu Politeknik
Politeknik adalah warisan kita
Membekal tenaga bidang teknikal
Bersama membina kemajuan negara
Malaysia ku tercinta
Ilmu akhlak mulia asas jaya
Itulah amalan hidup kita
Di mana sahaja politeknik berada
Harapan tetap sama
Politeknik ku sanjung jasa-jasa mu
Mencipta lembaran sejarah
Harapan impian kan menjadi nyata
Tekad, takwa, usaha
Penentu arah
Maju Politeknik ayuh maju
Semangat mu merestui perjuangan ku
Teknologi teras pembangunan
Negara
Politeknik Malaysia
Wednesday 3 January 2018
KAHOOT dan Ouiz Online di Cidos
Pada hari rabu 3.1.18, pelajar DAT1B telah melakukan satu aktiviti iaitu bermain permainan menguji minda dengan menggunakan aplikasi KAHOOT dan menjawab quiz online di Cidos bagi khusus OSHA.
Game KAHOOT
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Lirik Lagu Politeknik Politeknik adalah warisan kita Membekal tenaga bidang teknikal Bersama membina kemajuan negara Ma...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi. Entri hari ini adalah untuk menceritakan tentang QR kod dan aktiviti yang telah kami lakukan dengan mengg...